Wednesday, January 23, 2013

RENUNGKANLAH WAHAI SAUDARAKU



 Makam Nabi Muhammad S.A.W di dalam
 Masjid an-Nabawi, Madinah
 
Sempena kita menyambut Maulidurrasul marilah kita umat Islam di segenap pelusuk negara bersatu demi mempertahankan kesucian agama Allah dan hindarilah diri daripada berpecah belah. Perpecahan membawa kehancuran umat manusia.

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga).”
(Surah Ali-Imran : Ayat 103)

MAULIDURRASUL

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Sunday, February 26, 2012

PERINGATAN BAGI YANG LUPA

HARGA ( NILAI )

1 NILAI MUDA TIDAK DIKETAHUI
KECUALI OLEH YANG TELAH TUA.
2. NILAI SIHAT TIDAK DIKETAHUI
KECUALI ORANG YANG SAKIT.
3. NILAI KESELAMATAN TIDAK DIKETAHUI
KECUALI ORANG YANG TERKENA BALA’
4. NILAI HIDUP TIDAK DIKETAHUI
KECUALI ORANG YANG MATI


PERINGATAN BAGI YANG LUPA

1. MEREKA MENGAKU HAMBA ALLAH TETAPI
BERBUAT SEPERTI ORANG MERDEKA
2. MEREKA MENGAKU REZEKI DARI ALLAH TETAPI
TIDAK PUAS DENGAN YANG ADA.
3. MEREKA BERKATA AKHIRAT LEBIHBAIK DARIPADA DUNIA
TETAPIMEREKA BERLUMBA-LUMBA MENGUMPUL HARTA DUNIA.
4. MEREKA MENGAKU PASTI MATI
TETAPI BERBUAT SEPERTI ORANG YANG TIDAK AKAN MATI




Thursday, February 23, 2012

Guru tetap dalam ingatan kami

Sudah beberapa kali saya disapa oleh orang yang tidak saya kenali di beberapa lokasi awam. Apabila mereka memperkenalkan diri barulah terlontar kembali ingatan bersama mereka suatu ketika dahulu. Ada yang sudah berabad lamanya dan sudah tentu wajah yang ada di depan mata hari ini berbeza dengan wajah keanakan dahulu. Alhamdulillah mereka masih ingatkan jasa guru-guru yang menjadikan mereka manusia berguna dan dapat berkhidmat kepada masyarakat seperti apa yang mereka buktikan. Tahniah atas kejayaan anda semua dan guru akan berbangga melihat anak didik mereka berjaya.....Hari ini seorang lagi anak didik yang berjaya dalam hidup dan berbakti kepada masyarakat dan secara kebetulan memberikan perkhidmatan kepada guru mereka di hospital.

Wednesday, February 22, 2012




Seronok bekerja di tempat baru,
Dah hampir 8 bulan berada di sekolah baru rasanya boleh menyesuaikan diri.
Memang menyeronokkan dapat berhijrah dari satu sekolah ke sekolah yang mempunyai iinvirement berbeza. Baru dapat banyak pengalaman, jadi kawan-kawan guru yang udah lama
berada di satu sekolah cuba fikir-fikirkan. Inilah sekolah baru teman yang mempunyai banyak kemudahan.

Sunday, July 31, 2011

Selamat berpuasa.

Setelah setahun Ramadhan meninggalkan kita, hari ini umat Islam kembali dengan penuh kegembiraan untuk menunaikan amalan berpuasa. Selain itu umat Islam berlumba-lumba untuk membuat amalan-amalan yang amat besar ganjaran di bulan yang barakah ini.
Ketibaan Ramadhan bukan sahaja memberi peluang kepada kita mempertingkatkan amalan kerohanian malah amat berfaedah untuk kesihatan. Ini disebabkan puasa merupakan masa yang sesuai untuk mempertingkatkan tahap kesihatan tubuh kita.

Hari ini kita bersama-sama memikirkan amalan pemakanan yang berkhasiat demi menjaga kesihatan tubuh badan untuk memastikan dapat melakukan ibadat puasa dengan sempurna.

Amalan cara pemakanan yang berkhasiat pada bulan Ramadhan ;

1. Makan buah tamar dan minum minuman segar
2.Minum air masak yang secukupnya
3.Buka puasa dengan minuman kandungan gula yang sederhana
4.Makan buah-buahan tempatan
5.Berbuka dengan penuh kesederhanaan

Tuesday, December 21, 2010

Ziarah ke Pulau Lagenda.
Sedikit masa dapat diluangkan untuk memberi peluang keluargaku menikmati keindahan Pulau Langkawi yang penuh dengan coretan sejarah silam Mahsuri. Pagi 14 Disember 2010, kami sekeluarga bertolak dari rumah ke Pulau Langkawi. Sampai di Kuala Perlis
Memang ramai pengunjung yang akan ke sana. Kebetulan musim cuti sekolah agaknya.
Sepanjang perjalanan memang tidak membosankan kerana anak2 begitu teruja untuk sampai ke sana. Memang begitulah anak-anak jika berkesempatan menghabiskan cuti dengan aktiviti yang menyeronokkan. Sampai di Kuah nasib tak baik kerana hujan lebat. Hai dalam hati mula lah resah takut-takut sepanjang berada di sini begini cuacanya. Alhadulillah setelah kenderaan yg disewa sampai kami terus ke Mone Homestay

Menunggu di Jeti K.Perlis/ Di Makam Mahsuri


Sebelum naik cable car