Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum semua ~

Esok kite akan menyambut Hari Raya Aidilahda, Sempena hari yang mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari raya Aidiladha kepada semua pelayar blog yang dikasihi. Mudah-mudahan sempena keberkatan Eiduladha ini akan membawa kita kesedaran yang mendalam dalam pengorbanan kea rah kebaikan dan kesejahteraan hidup untuk semua. Dalam kesempatan ini terdetik pula dihati ini untuk sama-sama berkongsi cerita mengenai pasal pengorbanan Nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih anak beliau iaitu Nabi Ismail a.s, yg mane dari kisah inilah kita orang Islam pun menyembelih lembu/kambing/unta/whatsoever sebagai korban di hari raya ini~ (aku tau ramai dah tau tapi aku nak citer gak! huhu)

Ada banyak pengorbanan sebenarnya, contohnya pasal dia pecah2kan berhala tu semua, pastu api jadi sejuk semua,.. banyak! tapi, saya nak cerita pasal Nabi Ibrahim a.s sembelih Nabi Ismail a.s yang tak lekang dek bualan semasa aidiladha.

Okay semua, begini kisahnya.
Nabi Ibrahim a.s ade seorang isteri bernama Siti Hajar. mereka hidup bahagia berdua. tapi, diorang takde anak. bertahun-tahun kahwin tapi takde anak. diorang berase sangat inginkan cahaye mate~ oleh itu Nabi Ibrahim pun berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan seorang anak yang soleh.. dan akhirnya, masa Nabi berumur 86 tahun, dia dapat anak lelaki iaitu Nabi Ismail a.s.. mereka berasa sangat bersyukur..


Kemudian, Nabi Ibrahim a.s dapat perintah daripada Allah SWT supaya tinggalkan isteri dia, Siti Hajar dan anak kesayangan dia, Nabi Ismail a.s kat sebuah gurun pasir yang tandus. Dah la baru dapat anak, pastu kene tinggalkan isteri dengan anak kt gurun pasir pulak.. T_T tapi demi cinta kepada Allah SWT, Nabi Ibrahim a.s buat jugak..(asalnya kat tempat isteri ngan anak dia ditinggalkan tu xde air dan xde orang duduk. pastu wujud punca air zam-zam. dan lama-kelamaan, ramai orang duk kt sekitar tmpt air zam-zam dan buat perkampungan.. so isteri ngn anak nabi tidak kesunyian lagi.. yey) Setelah sekian lama berpisah, akhirnya, Nabi Ibrahim a.s bertemu balik dengan isteri dan anak dia. gembira sangat. yela, sbb satu-satunya anak yg dia ada. time tu Nabi Ismail a.s dh besar. dan satu hari, Nabi Ibrahim dpt wahyu daripada Allah SWT supaya menyembelih anak kesayangannya itu pulak..dengan berat hati, Nabi Ibrahim a.s pun jalankan perintah Allah SWT. dan Nabi Ismail a.s pun rehda jugak. Dengan linangan air mata. Nabi Ibrahim pun meletakkan pisau yang tajam di leher anaknya… Bersiap untuk melakukan segalanya demi pembuktian cintanya pada Allah SWT…Bersiap untuk menyembelih leher puteranya yang begitu ia cinta, demi cinta sejatinya..
Dan saat itulah, ketika Nabi Ibrahim membuktikan bahawa bagi dirinya, keinginan Allah adalah segalanya..Allah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor kambing..
-tammat-
————————————————————–
Apa yang Allah SWT nak tunjukkan melalui kisah ni? apa pengajaran yang kite bleh ambik?
sebenanarnye, bukan darah Nabi Ismail a.s yg Allah SWT nak.. bukan ketakutan Siti Hajar dan Nabi Ibrahim a.s.. bukan.. bukan.. tapi

Sunday, November 30, 2008

Majlis Berkhatam Al-Quran dan berkhatan

Majlis berkhatam Al-Quran untuk Muhammad Fakhrur Razi dan Muhammad Taqiyuddin telah berlangsung pada pukul 11.00 pagi, 29 N0vember 2008. Disamping itu majlis ini juga bertujuan untuk meraikan majlis berkhatan Muhammad Hidayat serta doa selamat. Sanak saudara sibuk membantu menjayakan majlis dengan bergotong royong memasak mulai selepas subuh lagi.
Sanak saudara mula berkumpul dengan berbagai-bagai kerenah...


Mula sibuk memasak untuk jamuan tengah hari.





Majlis berkhatam Al-Quran telah pimpin oleh Ustad Faudzi b. Abd Samad, Penyelia Masjid Kawasan Kampung Gajah.


Hidangan istimewa untuk Muhammad Hidayat yang akan berkhatan


Antara Hadirin yang hadir


Keletihan setelah selesai membantu memasak...



Kejadian yang tidak diduga, rumah jiran dimasuki tetamu tidak diundang(ular kapak) berukuran 1 meter panjang yang ingin bertelur. Akhirnya terpaksa meminta bantuan bomba untuk menyelesaikan masalah.


2 Disember 2008/ Selasa 12.30 pm

Sempurnalah hidayat berkhatan


Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih juga atas kehadiran staff SK Pulau Juar, SK Sungai Galah dan rakan2 serta jiran tetangga.

Friday, November 21, 2008

My family punya cerita




Cuti persekolahan telah bermula. Itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua murid sekolah dan juga guru. Ha.. inilah masanya untuk merehatkan diri daripada berbagai aktiviti sekolah. Sebelum bercuti biasalah macam-macam aktiviti kat sekolah tu.
Inilah antara yang menarik yang telah berlaku di hujung cuti persekolahan.
Jamuan akhir tahun SKPJ di Hotel Heritage, Ipoh

Muhammad Suhail dan Humaira melawat ke Zoo Taiping.Sudah beberapa kali ke sana masih tidak jemu-jemu.Mereka melawat zoo bersama-sama pelajar PRA sekolahSKPJ dan ibu bapa.


Seminggu selepas itu, Muhammad Hidayat dan Muhammad Taqiyuddin pula mengikuti rombongan ke P.Pinang. Mereka bersama pelajar-pelajar SKPJ membuat lawatan sambil belajar
ke USM, Bukit Bendera, Pusat Akuarium dan lain-lain tempat yang menarik.

Sebelum cuti bermula, keputusan UPSR telah diumumkan. Setelah bertahun-tahun membuat persedian, akhirnya Muhammad Taqiyuddin telah berjaya mendapat 5A. Tahniah diucapkan. Semuga akan beroleh kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang


Tahniah Aki....










Friday, November 14, 2008

Minggu akhir persekolahan

Minggu akhir persekolahan merupakan saat yang paling meletihkan buat guru-guru. Mana tidaknya semua perkara hendaklah diselesaikan dalam masa yang singkat." Aduhhhh pening kepalaku...." begitulah rungutan semua guru. Namun sebagai seorang guru yang sudah pro dalam bidang ini ia tidaklah menjadikan satu kegagalan kerana masing-masing cekap dalam pengurusan. Itulah guru hari ini, bukan setakat mengajar di bilik darjah semuanya mereka boleh lakukan. Berlakon, menjadi pengarah, menjadi pengurus semuanya boleh. Tahniah buat semua guru-guru.


Minggu terakhir persekolahan sejak kebelakangan ini amat sibuk sekali kerana peperiksaan di adakan terlalu lewat. Ini kerana guru-guru perlu menyelesaikan banyak perkara sebelum persekolah ditutup. Tambahan pula aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh sekolah juga perlu dibereskan seperti Hari Anugerah Kecemerlangan untuk memberi pengikhtirafan kepada pelajar. Dalam masa yang sama pihak jabatan juga menggunakan masa yang sama untuk mengadakan kursus dan sebagainya yang menambahkan lagi kekalutan guru untuk menyelesaikan urusan di sekolah. Begitulah keadaan nya setiap tahun...


Apapun, SKSG bergerak lancar dalam kekalutan kerja di akhir tahun ini. Peperiksaan berjalan lancar, Hari Kokurikulum dapat dijalankan, Hari Anugerah Gemilang sudah dilaksanakan, malah jamuan guru dan kakitangan juga dapat diselitkan dalam kesibukan ini. Dan saat yang paling membahagiakan guru apabila ada kejayaan dicapai.


Dalam kesibukan guru menyelesaikan segala urusan sudah tentulah kejayaan pelajar dalam akademik dapat menghapuskan rasa 'keletihan' guru. Pencapaian yang dapat di gapai oleh murid mengikut target membuatkan semua guru merasa terubat, terutama sekali guru tahun 6 seperti ku yang sudah dua abad bergelumang dengan mereka dalam peperiksaan awam. Begitulah menjadi seorang guru sudah lali dengan kesibukan.


Antara kegiatan yang sempat dirakam sepanjang minggu terakhir ini...

Hari Kokurikulum dan anugerah gemilang


Jamuan Tahun 6

Keputusan UPSR



Anak didikku yang berjaya dalam UPSR 2008
(Belakang : M.Fadzil4A1B, Daniel 3A2B, Ikhmal 5A)
(Depan : Nur Hidayah 5A, Nor Nabihah 5A)

Jamuan Akhir Tahun SKSG di Hillcity Hotel, Ipoh 12 November 2008


Selain itu berkesempatan juga menghadiri majlis jamuan akhir tahun SKPJ
di Heritage Hotel, Ipoh pada 8 November 2008







Thursday, October 16, 2008

Sambutan Hari Raya Sekolah

Pada 9 Oktober yang lalu SK Sungai Galah
telah mengadakan sambutan HariRaya Aidilfitri
dengan meriah sekali.Bermula jam 9 pagi berbagai-bagai
persembahan dipertontonkan kepada murid
di Balai lintang Sekolah.




Pelajar-pelajar memakai pakaian yang beraneka fesyen,begitu juga guru-guru tidak melepaskan peluang. Maklumlah belum
puas berhari raya








Terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menyediakan berbagai jenis juadah hari raya termasuklah lemang, nasi impit, nasi dagang, rendang, sate dan berbagai-bagai jenis kuih yang dibawa oleh pelajar. Huh, hebat sambutan kali ini




Semoga pada tahun akan datang majlis begini dapat dijalankan lagi, insyAllah.