Showing posts with label Bila labun tua berkata-kata. Show all posts
Showing posts with label Bila labun tua berkata-kata. Show all posts

Monday, October 13, 2008

Ramah mesra di Aidilfitri

Aidilfitri disambut dengan meriah setiap kali kita berjaya melaksanakan ibadah yang telah diwajibkan kepada setiap mukmin. Semua orang bergembira kerana niat untuk melakukan ibadah ini tertunai jua. Alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang sempurna sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga jika dipanjangkan umur akan bertemu lagi di Ramadhan akan datang InsyaAllah. Sepanjang Bulan Syawal ini marilah kita bersama-sama menunaikan kewajipan kita seperti biasa dan menunaikan ibadat-ibadat sunat yang lain bagi memperolehi keistimewaan yang telah diberikan seperti menunaikan puasa sunat enam hari di bulan Syawal dan sebagainya. Disamping itu marilah kita merapatkan hubungan antara kita sesama umat Islam agar menjadi satu umat yang kuat dan tidak mudah diganggu gugat oleh musuh yang sentiasa mahu melihat umat islam lemah dan mundur. Jauhilah sifat persengketaan antara kita, marilah ita bersatu dan mengeratkan silatulrahim. Salam


Terima kasih kepada semua staff SK Sungai Galah dan SK Pulau Juar yang sudi hadir pada 11 Oktober 2008 yang lalu.
Sekitar majlis Ramah Mesra Aidilfitri






























































































Tuesday, October 7, 2008

Meriahnya hari raya







Alhamdulillah pada tahun ini dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna. Mudah-mudahan ibadat kita akan diterima oleh Allah s.w.t Tidak lupa ana mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang sudi singgah di laman blog ini. Nampaknya Ramadhan telah meninggalkan kita dan stahun lagi kita akan menemuinya semula.


Pada tahun ini ana menyambut hari raya di rumah sendirilaa.....seperti biasa
Malam raye adale majlis takbir rumah ke rumah, tahun ni kena giliran malam raye....he..he... kena rumah last lak tu pukul10.00 malam.....sejuk lontong


Yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak, hei-hei duit raye le.


Raya kedua ana berkunjung ke K.Lumpur..... bye....





Wednesday, September 24, 2008

Dalam pembikinan

Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya yang akan tiba....
Blog ini masih dalam pembinaan, insyaallha selepas Ramadhan akan diaktifkan.
Harap maklum.