Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Saturday, August 22, 2009

Rahsia Berpuasa.

Allah Taala telah mengurniakan nikmat yang amat besar kepada seluruh hambaNya iaitu dengan memberikan suatu amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syaitan, untuk mengecewakan angan-angannya dan untuk mematahkan segala usaha busuknya. Amalan yang dimaksudkan itu ialah “Ibadat Puasa” Itulah benteng dan perisai bagi sekalian kekasih-kekasih Allah Taala.

Untuk orang yang berpuasa, pahalanya benar-benar dibalas dengan secukup-cukupnya serta dilipatgandakan dengan tidak terhitung banyaknya. Oleh sebab itu tidak dapatlah dibayangkan kebesaran pahala itu. Demikian sepatutnya dan jelas pula keadaannya, sebab puasa itu untuk Allah Taala sendiri dan mendapat kemuliaan dan kehormatan dengan dinisbahkan untuk ZatNya sendiri, sekalipun sebenarnya semua ibadat untuk Allah jua

‘ Bahawa ibadat puasa itu merupakan suatu pengekangan dan pembersihan diri dan rahsia melakukannya itu tergantung kepada individu itu sendiri. Ia bukanlah satu amalan yang dapat dilihat sedang ibadat lain adalah merupakan amalan-amalan yang dapat disaksikan dan dilihat oleh orang ramai. Puasa tidak dapat disaksikan, kecuali diri sendiri dan Allah Azza wajalla sahaja, sebab puasa itu adalah amalan batin yang berbentuk kesabaran semata-mata”.

Renung-renungkan sejenak…..Selamat menunaikan ibadah puasa.

Tuesday, January 13, 2009

Sehari di SMAP Kajang.




Hari ni teman bersama keluarga sampai juga ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selalu mendengar nama sekolah tu sebelum ni tapi tak tahupun lokasinya.Bukan kena bertugas di sana cuma nak memanjangkan hajat anak teman yang berjaya meneruskan pelajaran untuk tingkatan 1, mulai tahun 2009. Teruja juga dibuatnya apabila melihat persekitaran sekolah yang tersergam indah yang mana melahirkan ramai cerdik pandai. Terfikir juga teman kenapa dulu tak ada peluang untuk menjejaki ke sekolah-sekolah berasrama penuh macam ni. Itu duluuuuuu.manalah ada peluang seperti hari ini. Tapi tak mengapa, peluang ini diberikan kepada zuriat teman juga. Terubat juga rasanya. Mudah-mudahan anak teman tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh kerajaan. Selamat berjuang TAQIYUDDIN dan semoga cita-citamu menjadi saintis tercapai......Banyak rintangan akan diharungi dan bersedialah berkorban jika mahu berjaya. Jadikan kejayaan pelajar-pelajar SMAPK sebagai batu loncatan semangat juang.

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Assalamualaikum w.r.t
Tahun 2008 telah melabuhkan tirai dengan 1001 satu kenangan sama ada suka ataupun duka yang dilalui sepanjang tahun ini. Tidak kira apapun yang dilalui pada tahun 2008, anggaplah ia sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup yang kita tidak tahu bila akan terhenti.

Jadikan pelbagai dugaan yang dilalui pada tahun ini sebagai sempadan dalam meniti kehidupan supaya tidak mengulangi lagi kesilapan lalu. Orang kata setiap musibah yang berlaku ada hikmahnya, manalah tahu kita mungkin menikmati kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Apa yang penting kedatangan 2009 ini kita buka "buku baru" dengan azam dan semangat yang berbeza. Jika azam tahun lalu belum dilunaskan, pastikan azam 2009 ialah untuk menunaikan azam tahun lalu atau ada azam baru yang lebih baik, lupakan azam terdahulu.

Semoga kedatangan awal Muharam dan tahun Baru ini, kita lebih berjaya dalam hidup.
"Sematkan azam baru dengan semangat baru"

SELAMAT TAHUN BARU 2009