Aidilfitri disambut dengan meriah setiap kali kita berjaya melaksanakan ibadah yang telah diwajibkan kepada setiap mukmin. Semua orang bergembira kerana niat untuk melakukan ibadah ini tertunai jua. Alhamdulillah kerana diberi kesihatan yang sempurna sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga jika dipanjangkan umur akan bertemu lagi di Ramadhan akan datang InsyaAllah. Sepanjang Bulan Syawal ini marilah kita bersama-sama menunaikan kewajipan kita seperti biasa dan menunaikan ibadat-ibadat sunat yang lain bagi memperolehi keistimewaan yang telah diberikan seperti menunaikan puasa sunat enam hari di bulan Syawal dan sebagainya. Disamping itu marilah kita merapatkan hubungan antara kita sesama umat Islam agar menjadi satu umat yang kuat dan tidak mudah diganggu gugat oleh musuh yang sentiasa mahu melihat umat islam lemah dan mundur. Jauhilah sifat persengketaan antara kita, marilah ita bersatu dan mengeratkan silatulrahim. Salam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wah meriah ye open house rumah akira...tahun depan jgn lupa wat lagi...thanks coz sudi bungkuskan untuk mak jue..semua makanan sedap2 belaka..thanks..wassalam
Post a Comment