Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Assalamualaikum w.r.t
Tahun 2008 telah melabuhkan tirai dengan 1001 satu kenangan sama ada suka ataupun duka yang dilalui sepanjang tahun ini. Tidak kira apapun yang dilalui pada tahun 2008, anggaplah ia sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup yang kita tidak tahu bila akan terhenti.

Jadikan pelbagai dugaan yang dilalui pada tahun ini sebagai sempadan dalam meniti kehidupan supaya tidak mengulangi lagi kesilapan lalu. Orang kata setiap musibah yang berlaku ada hikmahnya, manalah tahu kita mungkin menikmati kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Apa yang penting kedatangan 2009 ini kita buka "buku baru" dengan azam dan semangat yang berbeza. Jika azam tahun lalu belum dilunaskan, pastikan azam 2009 ialah untuk menunaikan azam tahun lalu atau ada azam baru yang lebih baik, lupakan azam terdahulu.

Semoga kedatangan awal Muharam dan tahun Baru ini, kita lebih berjaya dalam hidup.
"Sematkan azam baru dengan semangat baru"

SELAMAT TAHUN BARU 2009