Saturday, January 31, 2009

Peluang menjadi MEKANIK


Ha, ha, macam tak percaya pulak ari ni teman menjadi mekanik...Itulah yang terpaksa kami lalui untuk melengkapkan amali Asas Kejuruteraan Awam dan Mekanikal bertempat di SMT Seri Iskandar. Seronok dapat belajar buka enjin kereta dan memahami fungsi-fungsinya. Lepas ni siapa-siapa yang nak baiki kereta jumpalah teman....bolehle tengok-tengokkan. Semalam teman berada di Taiping Golf Resort melengkap dan menyiapkan modul BM dan terpaksa berada di SMT pagi ini. Letih gak sebab esok ada kuliah lagi kat IPIP. "Tuntutlah ilmu hingga ke akhir hayat" Rakan-rakan yang sedang belajar tu janganlah bosan.

Taklimat bersama penyelia sebelum amali.

Menguji kemampatan enjin kereta...diawasi oleh En Nur Azmi.

Servis plug kereta .......

Tuesday, January 13, 2009

Sehari di SMAP Kajang.




Hari ni teman bersama keluarga sampai juga ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selalu mendengar nama sekolah tu sebelum ni tapi tak tahupun lokasinya.Bukan kena bertugas di sana cuma nak memanjangkan hajat anak teman yang berjaya meneruskan pelajaran untuk tingkatan 1, mulai tahun 2009. Teruja juga dibuatnya apabila melihat persekitaran sekolah yang tersergam indah yang mana melahirkan ramai cerdik pandai. Terfikir juga teman kenapa dulu tak ada peluang untuk menjejaki ke sekolah-sekolah berasrama penuh macam ni. Itu duluuuuuu.manalah ada peluang seperti hari ini. Tapi tak mengapa, peluang ini diberikan kepada zuriat teman juga. Terubat juga rasanya. Mudah-mudahan anak teman tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh kerajaan. Selamat berjuang TAQIYUDDIN dan semoga cita-citamu menjadi saintis tercapai......Banyak rintangan akan diharungi dan bersedialah berkorban jika mahu berjaya. Jadikan kejayaan pelajar-pelajar SMAPK sebagai batu loncatan semangat juang.