Tuesday, December 21, 2010

Ziarah ke Pulau Lagenda.
Sedikit masa dapat diluangkan untuk memberi peluang keluargaku menikmati keindahan Pulau Langkawi yang penuh dengan coretan sejarah silam Mahsuri. Pagi 14 Disember 2010, kami sekeluarga bertolak dari rumah ke Pulau Langkawi. Sampai di Kuala Perlis
Memang ramai pengunjung yang akan ke sana. Kebetulan musim cuti sekolah agaknya.
Sepanjang perjalanan memang tidak membosankan kerana anak2 begitu teruja untuk sampai ke sana. Memang begitulah anak-anak jika berkesempatan menghabiskan cuti dengan aktiviti yang menyeronokkan. Sampai di Kuah nasib tak baik kerana hujan lebat. Hai dalam hati mula lah resah takut-takut sepanjang berada di sini begini cuacanya. Alhadulillah setelah kenderaan yg disewa sampai kami terus ke Mone Homestay

Menunggu di Jeti K.Perlis/ Di Makam Mahsuri


Sebelum naik cable car



Tuesday, November 30, 2010


Jom balik kampung.....
Salam sejahtera kita ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Kebetulan sekarang ini adalah musim cuti persekolahan dapat kita mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. tak kira di mana jua kampung kita, di situlah kita bermula dan banyak nostalgia yang menjadi kenangan. Sebenarnya kita patut bangga dengan kehidupan di kampung. Kalau kita lihat dari segi prasarana dan sumber ekonomi di kampung sudah berubah hari demi hari.

Cuba kita lihat kehidupan penoreh terutamanya sekarang ini jauh berubah. Kadang-kadang standing, kadang-kadang menandingi, kadang macam jauh meninggalkan jawatan-jawatan tertinggi kerajaan. Malah kalaulah RM8000 sebulan, itu mengatasi pendapatan kumpulan A di sektor kerajaan malah mengatasi pendapatan peniaga kecil dan para usahawan.

Jadi apa lagi yang boleh kita katakan kalau tidak bahawa kerja sebagai penoreh sekarang ini sama level malah lebih tinggi, mlaha mungkin lebih baik, malah lebih glamour daripada kerja makan gaji. Syabas para penoreh di Malaysia. Sekarang harga getah beku RM4 sekilo dan mereka boleh memperolehi hampir RM200 atau RM300 bersih, sebab tak perlu bayar sewa rumah, tak perlu bayar tol, tak payah bayar perking. Mereka hanya bekerja beberapa jam mulai jam 7.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Selebihnya boleh buat kerja lain.

Kalau dulu orang malu nak mengaku penoreh getah, sekarang anak muda kampung boleh berbangga dengan hasil pendapatan yang lumayan sehingga ada yang mempunyai dua buah kereta dan dua buah motosikal sendiri.

Alangkah baiknya kalau para penagih di pekan-pekan tu, peminta sedekah tak bertauliah, para peragut, siperempit dan warga yang berkaitan JOM BALIK KAMPUNG dan menoreh getah daripada menyemak kat situ. Alangkah baiknya kalau semua orang yang hidupnya terumbang ambing dan tak menentu di kota-kota kembali ke kampung menikmati durian runtuh. Bukan penoreh sahaja yang menerima durian runtuh, malah penanam kelapa sawit juga berkeadaan lebih baik daripada itu. "Oi, balik oi.... sekarang hujan emas di kampung awak, yang awak rela ditimpa hujan batu kat bandar ni pasal apa?" Kalau tak nak balik kampung, kerjalah bagus-bagus. Tapi rasa tak boleh kerja bagus-bagus, binalah kejayaan anda di kampung.

Salam dari kampung boy....
Anak Watan, fikir-fikir lah sejenak ...

Salam satu Malaysia kepada semua warga negara Malaysia yang membaca coretan ini. Mulai minggu ini kita akan sama-sama fikirkan beberapa sketsa yang berlaku untuk menjadi pedoman dan motivasi kepada semua.
Dalam ruangan ini kita didedahkan dengan situasi semasa yang boleh memberi sedikit kesedaran minda buat kita fikirkan. Kita mempunyai hak untuk memberi pandangan dan meluahkan perasaan dalam sesuatu hal. Seperti kata Dr Hm Tuah Iskandar al-Haj " Salah satu hak kita ialah meluahkan perasaan kita, memberitahu apa yang ingin kita beritahu dan kita mahu orang mendengar. Kalau tak ada orang nak mendengar luahan perasaan anda, saya sudi mendengarnya"

Thursday, September 30, 2010

Benarkah Guru sudah menjadi kerani?

Isu ini sudah lama dibangkitkan oleh guru. Sehingga kini ianya masih menjadi pertanyaan dan perbincangan yang tidak ada kesudahannya. Berikut adalah komen terbaru yang dipetik daripada Harian Metro.

"BESARNYA cabaran dan tanggungjawab dipikul guru masa kini menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat adakah golongan itu mampu melaksanakan amanah dengan sempurna.
Bukan sekadar mendidik, pelbagai tuntutan kerjaya tidak sepatutnya kini mereka galas menjadikan tumpuan terhadap proses penjanaan dan pembelajaran ilmu terjejas.
Lebih menyedihkan, golongan itu turut menjadi sasaran kecaman masyarakat jika gagal melahirkan pelajar cemerlang akademik dan sahsiah diri menyebabkan guru semakin terdesak serta tertekan.
Apakah benar peranan guru sebagai sumber pemangkin ilmu semakin terhakis sebaliknya menjadi golongan itu diperkotak katikkan hingga mereka dalam dilema. Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia Cawangan Kedah, Anuar Husin, berkata golongan guru hari ini bukan sekadar memegang tanggungjawab sebagai pendidik malah anggota masyarakat secara keseluruhan.
Menurutnya, cabaran utama bukan lagi menyalurkan ilmu kepada pelajar sebaliknya turut mendidik masyarakat melalui peranan di luar waktu persekolahan sekali gus memberi bebanan dalam melaksanakan tumpuan dan tanggungjawab sebenar.
"Dalam perguruan, tugas hakiki adalah mengajar, malangnya guru masa kini dilambakkan dengan pelbagai tanggungjawab sukar dan mencabar. Mereka bukan sekadar guru tapi turut mendidik masyarakat secara keseluruhan.
"Malangnya masyarakat bersikap sambil lewa dan enggan bersama memikul tanggungjawab mendidik menyebabkan mereka semakin tertekan. Guru juga dihimpunkan pelbagai tugasan tidak sepatutnya seperti perkeranian.
"Justeru, bagaimana mahu menumpukan perhatian pada tugasan? Masyarakat hanya tahu memberi tekanan tapi enggan membantu," katanya. Bukan isu baru guru terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab remeh yang menuntut pengorbanan masa, antaranya mengurus dan mengemaskini sistem maklumat pelajar (Emis), sistem salah laku, pendaftaran, yuran, mengurus kumpulan wang amanah pelajar miskin (KWAPM), rancangan makanan dan susu tambahan.
Memburukkan keadaan, mereka terpaksa berhempas pulas menghabiskan sukatan pengajaran kerana dihantar berkursus selain pembelajaran tergendala.
Mengulasnya, Anuar berkata waktu persekolahan padat serta pelbagai perancangan dibuat menjadikan waktu guru semakin terhad hingga menyukarkan proses pembelajaran berjalan lancar.
"Sungguhpun tugasan sampingan tidak sukar, banyak waktu terbuang. Guru sering merungut kerana terlalu terikat dengan pelbagai tuntutan menyebabkan proses pembelajaran tergendala.
"Ia bukan remeh dan perlu diberi perhatian kerana bersangkut paut pencapaian pelajar masa depan. Guru sentiasa dipersalahkan jika pelajar gagal.
"Masyarakat pula mahukan kecemerlangan tapi enggan memahami. Apabila guru gagal menyempurnakannya, bukankah akan menimbulkan konflik? "Tindakan segera perlu diambil kerana bimbang akan menjejaskan mutu pendidikan keseluruhannya," katanya sambil meminta pihak berkenaan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi kemelut itu.
Ditanya adakah rungutan itu disebabkan guru sudah lama dalam zon selesa, beliau berkata golongan itu boleh menerima perubahan namun perlu ada batasan dan mekanisme tertentu bagi menanganinya.
"Guru boleh menerima perubahan malah sedar tanggungjawab dipikul semakin berat tapi perlu ada tolak ansur. Mereka juga ada tanggungjawab lain perlu dipenuhi seperti keluarga.
"Masyarakat juga harus memberi sokongan dan bersama menggembleng tanggungjawab. Jangan lepaskan sepenuhnya pada guru kerana tidak adil," katanya.
Bagi mengatasi kemelut itu, beliau mencadangkan penyusunan semula tugas pekeranian sedia ada hingga tidak mengganggu tugas hakiki guru selain menambah lagi pembantu guru bertaraf kerani.
Bilangan pelajar turut perlu dikurangkan supaya guru tidak terbeban dalam mengemaskini data peribadi selain menerapkan peranan alumni untuk memberi pembelajaran berbeza berdasarkan pengalaman pekerjaan.
"Konflik perlu diatasi secara berhemah supaya semua pihak mendapat manfaatnya. Penyelesaian bukan sekadar jangka pendek tapi berpanjangan demi kebaikan generasi seterusnya.
"Menjadi guru bukan mudah namun kerjaya itu sangat mulia, perlu berlapang dada menerima apa jua cabaran manakala masyarakat juga jangan bersikap lepas tangan.
"Proses penjanaan ilmu tidak akan terhenti, justeru pelbagai pihak perlu mencari penyelesaian supaya konflik sedia ada dapat diatasi," katanya.

....Sekejap timbul, sekejap tenggelam. tunggu dan lihat.

Wednesday, September 8, 2010

Sunday, August 22, 2010

Perginya 2 sahabat menghadap illahi
Alfatihah.


Allahyarham Zamiruddin Abdul Rahman

Bekas guru di SK Sg Ranggam

Allahyarham Mohd Termizi

Guru Besar SK Besout 6


Pemergian dua sahabat dalam seminggu di Bulan Ramadhan. Semoga roh mereka berdua ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin

Thursday, August 19, 2010

Selamat Bertemu Ramadhan Almubarak


Selamat menyambut bulan Ramadhan
Antara fadhilat bulan Ramadhan:
Di buka pintu-pintu syurga dan di tutup pintu neraka dan diikat segala syaitan
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni segala dosa yang telah lalu
Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat
Berpuasa pada semua anggota badan dan bukan hanya pada makan dan minum sahaja
Ada satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan, marilah kita sama-sama mengejarnya

Thursday, June 3, 2010

SELAMAT BERCUTI

Hari ini hari terakhir persekolahan bagi sekolah-sekolah selain N.Kelantan, Terengganu dan Kedah. Semua tidak sabar menunggu kerana pada masa ini(cuti) berbagai aktiviti penting akan dijalankan.Apakah anda semua mengalami situasi begitu? Tidak kira sama ada golongan pelajar, guru mahupun sesiapa sahaja peluang ini tidak pernah dilepaskan. “Lepas tention” katakan.Semoga kita semua dapat memenuhi masa terluang ini dengan sebaik-baiknya. Hari ini ada diantara kita sudah berkira-kira untuk menuju ke destinasi tertentu yang telah dirancang. Apapun keselamatan perlu diutamakan. Malang tidak berbau dan kita boleh mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini sekiranya kita sentiasa berwaspada.
Kepada semua guru, selamat bercuti. Dunia pendidikan hari ini tidak seperti zaman dahulu. Walaupun cuti persekolahan sebenarnya golongan guru bertungkus lumus membantu pelajar membaiki kelemahan dan berbagai program tertentu di sekolah masing-masing. Umum Cuma mengetahui apabila cuti sekolah bermakna guru akan bercuti. Sabarlah guru yang terlibat semasa cuti persekolahan. Inilah pengorbanan guru hari ini yang mungkin akan mendapat kritikan disebalik pengorbanan besar yang telah mereka lakukan. Kepada pelajar serta murid diucapkan selamat bercuti. Gunakanlah cuti ini untuk sesuatu yang memberi manfaat. Kepada ibu bapa, berilah sedikit perhatian kepada anak-anak semasa cuti sekolah ini bagi membantu meningkatkan prestasi mereka.

SELAMAT PENGANTIN BARU…
Cuti sekolah ini juga adalah kesempatan terbaik untuk golongan mereka yang ingin melangsungkan perkhawinan. Sudah tentu banyak lembu, ayam dan kerbau akan terkorban. Apapun ini masanya yang amat sesuai untuk dilaksanakan disamping dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara kita. Dengan ini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada semua yang baru dan akan berkahwin pada cuti sekolah ini.

SELAMAT MENDUDUKI PTK.
Kepada semua guru, jangan lupa pada 8, 9 atau 10 Jun ini akan diadakan peperiksaan PTK. Selamat menduduki PTK. Dah study ker? Moga kali ini ramai yang dapat 4/4.
Selamat bercuti..
Wassalam

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru



Hari ini 16 Mei, sambutan Hari Guru diadakan bagi meraikan dan menghargai warga pendidik yang bertungkus- lumus menabur jasa dan bakti demi memastikan anak bangsa berjaya.

Guru ibarat lilin yang membakar diri berusaha dengan gigih untuk memastikan anak bangsanya menjadi insan yang berguna. Jasa dan pengorbanannya dalam memenuhi tanggungjawab mendidik anak bangsa sememangnya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Selamat Hari Guru 2010.

Salam ingatan kepada semua guru di
SK LKTP Kota Gelanggi 2, Pahang
SK Bandar, Kg Gajah, Perak
SK Sungai Ranggam, Perak
SK Sungai Galah, Perak
SK Sentosa, Kampar, Perak

Tuesday, May 4, 2010

RENUNGKAN WAHAI ANAK-ANAK.



Setiap tahun kita diwar-warkan dengan pelbagai sambutan. Ada Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Pekerja, Hari Guru dan entah berapa banyak hari lagi. Kita bukan taksub dengan sambutan-sambutan seperti itu, Tidak ada pun nas atau dalil yang menyarankan kita mengadakan sambutan-sambutan sebegini. Cuma kita ingin menghayati jasa, pengorbanan dan sumbangan mereka yang terlibat.

Hari ibu akan disambut pada 9 Mei setiap tahun. Peranan dan tanggungjawab wanita yang yang bergelar ibu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Walaupun ibu tidak pernah meminta balasan atas pengorbanannya, namun sebagai anak sudah menjadi tanggungjawab mereka menghargai dan memberikan kebahagiaan kepada ibu yang dikasihi. Justeru dikesempatan ini RENUNGKAN WAHAI ANAK-ANAK sejauh manakah kita sebagai anak telah membalas jasa dan pengorbanan ibu yang melahirkan kita ke dunia ini. Sekurang-kurangnya kita sebagai anak akan sentiasa menghargai ibu setiap detik dan ketika agar dapat membahagiakan mereka.

Saya tertarik dengan coretan saudara kita Md Nur dan cuba hayati bersama

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak
Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
Kalau balik ke kampung,Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….makYang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku
Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak?
Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya…..
Tapi kalau mak sudah tiada…..MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Selamat Hari Ibu.

Tuesday, April 6, 2010

Tip kesihatan

Terdapat berbagai-bagai barang dapur yang mungkin ada di rumah kita. Namun tidak ramai yang mengetahui kelebihan atau khasiat disebalik barang-barang tersebut. Mari kita selidiki penemuan ini.

Garam: Selain menjadi ubat kumur untuk meredakan tekak yang sakit, garam sangat berkesan untuk masalah hidung tersumbat. Larutan garam yang suam boleh disedut masuk melalui rongga hidung untuk memberi kelegaan pernafasan dan mencegah jangkitan resdung.

Halia: Teh halia berkesan membunuh kuman dan meredakan masalah perut. Halia yang digunakan dalam produk mandian juga merangsang sistem limfa dengan mempercepat proses penyingkirannya.

Bawang putih: Banyak kajian telah mengesahkan bahawa bawang putih mentah memiliki nilai antikulat, antibakteria dan antivirus. Penggalak daya ketahanan tubuh ini juga boleh meningkatkan pendarahan, maka mereka yang mengambil ubat berkaitan pendarahan perlu berhati-hati ketika menyertakan bawang putih ke dalam diet mereka.

Madu: Bahan yang memiliki nilai pemulihan tinggi ini meredakan batuk dan meningkatkan imunisasi. Campuran madu dan jus limau segar adalah ubat batuk semula jadi.

Buah oren: Vitamin C dalam jus oren yang diminum setiap hari mampu memendekkan durasi selesema. Setiap 1,000 miligram vitamin C yang diambil setiap enam jam boleh mengurangkan atau mencegah simptom flu dengan berkesan.