Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Assalamualaikum w.r.t
Tahun 2008 telah melabuhkan tirai dengan 1001 satu kenangan sama ada suka ataupun duka yang dilalui sepanjang tahun ini. Tidak kira apapun yang dilalui pada tahun 2008, anggaplah ia sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup yang kita tidak tahu bila akan terhenti.

Jadikan pelbagai dugaan yang dilalui pada tahun ini sebagai sempadan dalam meniti kehidupan supaya tidak mengulangi lagi kesilapan lalu. Orang kata setiap musibah yang berlaku ada hikmahnya, manalah tahu kita mungkin menikmati kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Apa yang penting kedatangan 2009 ini kita buka "buku baru" dengan azam dan semangat yang berbeza. Jika azam tahun lalu belum dilunaskan, pastikan azam 2009 ialah untuk menunaikan azam tahun lalu atau ada azam baru yang lebih baik, lupakan azam terdahulu.

Semoga kedatangan awal Muharam dan tahun Baru ini, kita lebih berjaya dalam hidup.
"Sematkan azam baru dengan semangat baru"

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Tuesday, December 30, 2008

Hari Keluarga Salim Eratan Kasih 2008

Keluarga Salim yang berasal dari Muar Johor merupakan sebuah keluarga yang besar dan pada hari ini keluarga ini sudah bertebaran di merata tempat di Semenanjung. Dari utara hinggalah ke selatan tanahair. Untuk mengumpulkan seluruh keluarga dalam satu masa adalah amat sukar apabila masing-masing keluarga berada jauh antara satu tempat ke satu tempat.Seperti beberapa tahun lalu idea untuk menyatukan keluarga ini muncul kembali dimana peneraju idea ini(En Sabirin) berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan dibantu oleh En Esa. Alhamdulillah setelah tinjauan dibuat beberapa bulan lalu Pasir Salak Resort telah dipilih untuk dijadikan lokasi perhimpunan. Kebetulan pula keluarga saya ada di sini menjadikan sebahagian urusan untuk perjumpaan ini berjalan lancar.



Pada 27 Disember, maka bermulalah ketibaan keluarga, dengan sebahagiannya bertandang ke rumah teman di Kg gajah untuk santapan tengah hari. Sebahagian terus melaporkan diri ke Resot kerana tidak sabar sampai ke sana. Kecoh juga rumah teman untuk melayan mereka yang datang dengan berbagai kerenah. Namun amat menyeronokkan. Setelah pendaftaran ditutup pada pukul 6.30 ptg, seramai 102 orang hadir seperti yang dijangkakan. Maka 16 buah callet yang ditempat dapat dipenuhi.

Ptg ini bermulalah program kami dengan santai di sisir sungai Perak yang indah. Kanak-kanak antara yang paling seronok keran mereka dapat mandi manda di kolan renang yang disediakan tanpa had masa untuk berada di sana.Malamnya kami mengadakan BBQ dengan dua org penyumbang iaitu En Esa dan En Zakaria(Pengarah Peng. Sek Teknik dan Vok) yang begitu banyak hingga tak dapat dihabiskan.





Hari kedua bermula seawal pagi dengan senaman poco-poco dan diikuti sukaneka di padang Resort. Semua yang hadir turut mengambil bahagian, tak kira tua/muda/anak2 kecil. Semangat berkobar-kobar. Pada malam ini pula kami sempat meraikan awal muharram dengan majlis ringkas membaca yasin, bertahlil dan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Alhamdulillah.
Mengikut program mlm ni pertandingan memancing, malangnya hari hujan sepanjang malam.


senaman poco-poco menjadi tarikan...dan sekitar sukaneka keluarga











Pagi terakhir (29/12/2008) sesi fotogari diadakan dan seterusnya pertandingan memancing diadakan setelah ditunda. Hampir 15 orang mengambil bahagian dan telah dimenangi oleh abg Lan. Setelah itu masing2 mengambil peluang untuk mandi beramai-ramai di kolam resort.

Pukul 12.00 tengah hari masing2 mula bersiap sedia untuk pulang. Banyak kenangan telah dibawa oleh keluarga masing2. InsyaAllah perjumpaan begini akan diadakan lagi pd tahun hadapan di Johor pulak. Sebahagian yang tak menyinggah masa dtg dulu singgah ke rumah. Sempat lagi melihat gambar dan video sepanjang berada di sini melalui tayangan slot video dan gambar. Jumpa lagi.... byee


Tuesday, December 16, 2008

Cutipun Ada koje...

Semalam 15 Dis 2008 teman telah menghadiri mesyuarat JU BM membina modul latih bimbing untuk 2009 bagi sekolah2 kebangsaan dan SJK negeri Perak. Ini kali ketiga kami berkumpul untuk menyiapkannya. Mungkin beberapa mesyuarat lagi akan diadakan pada masa akan datang sehinggalah ianya dapat disiapkan dalam bentuk CD dan digunakan di sekolah tahun depan. Seronok juga dapat jumpa kekawan lame teman setelah 2 tahun teman berehat bersama
rakan2 JU ni. Nak tumpu belajor konon. Kali ni berkumpul kat Marina Cove Resort, Lumut yang nampak menarik pemandangannya. Seronok lah tengok Marina White Park kat sebelahnya tu, bebudak ramai main ayor..Dulu kat KL sebelah Petaling Street shoping je. Ari ni 16/12 teman sempat gak menjengok pekan Lumut yang dah lame teman tak singgah. Belile sikit-sikit buah tangan untuk putera puteri teman kat rumah tu. Cadang nak datang lagi ke sini bawa mereka
main ayoor...



Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum semua ~

Esok kite akan menyambut Hari Raya Aidilahda, Sempena hari yang mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari raya Aidiladha kepada semua pelayar blog yang dikasihi. Mudah-mudahan sempena keberkatan Eiduladha ini akan membawa kita kesedaran yang mendalam dalam pengorbanan kea rah kebaikan dan kesejahteraan hidup untuk semua. Dalam kesempatan ini terdetik pula dihati ini untuk sama-sama berkongsi cerita mengenai pasal pengorbanan Nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih anak beliau iaitu Nabi Ismail a.s, yg mane dari kisah inilah kita orang Islam pun menyembelih lembu/kambing/unta/whatsoever sebagai korban di hari raya ini~ (aku tau ramai dah tau tapi aku nak citer gak! huhu)

Ada banyak pengorbanan sebenarnya, contohnya pasal dia pecah2kan berhala tu semua, pastu api jadi sejuk semua,.. banyak! tapi, saya nak cerita pasal Nabi Ibrahim a.s sembelih Nabi Ismail a.s yang tak lekang dek bualan semasa aidiladha.

Okay semua, begini kisahnya.
Nabi Ibrahim a.s ade seorang isteri bernama Siti Hajar. mereka hidup bahagia berdua. tapi, diorang takde anak. bertahun-tahun kahwin tapi takde anak. diorang berase sangat inginkan cahaye mate~ oleh itu Nabi Ibrahim pun berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan seorang anak yang soleh.. dan akhirnya, masa Nabi berumur 86 tahun, dia dapat anak lelaki iaitu Nabi Ismail a.s.. mereka berasa sangat bersyukur..


Kemudian, Nabi Ibrahim a.s dapat perintah daripada Allah SWT supaya tinggalkan isteri dia, Siti Hajar dan anak kesayangan dia, Nabi Ismail a.s kat sebuah gurun pasir yang tandus. Dah la baru dapat anak, pastu kene tinggalkan isteri dengan anak kt gurun pasir pulak.. T_T tapi demi cinta kepada Allah SWT, Nabi Ibrahim a.s buat jugak..(asalnya kat tempat isteri ngan anak dia ditinggalkan tu xde air dan xde orang duduk. pastu wujud punca air zam-zam. dan lama-kelamaan, ramai orang duk kt sekitar tmpt air zam-zam dan buat perkampungan.. so isteri ngn anak nabi tidak kesunyian lagi.. yey) Setelah sekian lama berpisah, akhirnya, Nabi Ibrahim a.s bertemu balik dengan isteri dan anak dia. gembira sangat. yela, sbb satu-satunya anak yg dia ada. time tu Nabi Ismail a.s dh besar. dan satu hari, Nabi Ibrahim dpt wahyu daripada Allah SWT supaya menyembelih anak kesayangannya itu pulak..dengan berat hati, Nabi Ibrahim a.s pun jalankan perintah Allah SWT. dan Nabi Ismail a.s pun rehda jugak. Dengan linangan air mata. Nabi Ibrahim pun meletakkan pisau yang tajam di leher anaknya… Bersiap untuk melakukan segalanya demi pembuktian cintanya pada Allah SWT…Bersiap untuk menyembelih leher puteranya yang begitu ia cinta, demi cinta sejatinya..
Dan saat itulah, ketika Nabi Ibrahim membuktikan bahawa bagi dirinya, keinginan Allah adalah segalanya..Allah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor kambing..
-tammat-
————————————————————–
Apa yang Allah SWT nak tunjukkan melalui kisah ni? apa pengajaran yang kite bleh ambik?
sebenanarnye, bukan darah Nabi Ismail a.s yg Allah SWT nak.. bukan ketakutan Siti Hajar dan Nabi Ibrahim a.s.. bukan.. bukan.. tapi

Sunday, November 30, 2008

Majlis Berkhatam Al-Quran dan berkhatan

Majlis berkhatam Al-Quran untuk Muhammad Fakhrur Razi dan Muhammad Taqiyuddin telah berlangsung pada pukul 11.00 pagi, 29 N0vember 2008. Disamping itu majlis ini juga bertujuan untuk meraikan majlis berkhatan Muhammad Hidayat serta doa selamat. Sanak saudara sibuk membantu menjayakan majlis dengan bergotong royong memasak mulai selepas subuh lagi.
Sanak saudara mula berkumpul dengan berbagai-bagai kerenah...


Mula sibuk memasak untuk jamuan tengah hari.





Majlis berkhatam Al-Quran telah pimpin oleh Ustad Faudzi b. Abd Samad, Penyelia Masjid Kawasan Kampung Gajah.


Hidangan istimewa untuk Muhammad Hidayat yang akan berkhatan


Antara Hadirin yang hadir


Keletihan setelah selesai membantu memasak...



Kejadian yang tidak diduga, rumah jiran dimasuki tetamu tidak diundang(ular kapak) berukuran 1 meter panjang yang ingin bertelur. Akhirnya terpaksa meminta bantuan bomba untuk menyelesaikan masalah.


2 Disember 2008/ Selasa 12.30 pm

Sempurnalah hidayat berkhatan


Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih juga atas kehadiran staff SK Pulau Juar, SK Sungai Galah dan rakan2 serta jiran tetangga.