Tuesday, November 30, 2010


Jom balik kampung.....
Salam sejahtera kita ucapkan kepada semua pembaca blog ini. Kebetulan sekarang ini adalah musim cuti persekolahan dapat kita mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. tak kira di mana jua kampung kita, di situlah kita bermula dan banyak nostalgia yang menjadi kenangan. Sebenarnya kita patut bangga dengan kehidupan di kampung. Kalau kita lihat dari segi prasarana dan sumber ekonomi di kampung sudah berubah hari demi hari.

Cuba kita lihat kehidupan penoreh terutamanya sekarang ini jauh berubah. Kadang-kadang standing, kadang-kadang menandingi, kadang macam jauh meninggalkan jawatan-jawatan tertinggi kerajaan. Malah kalaulah RM8000 sebulan, itu mengatasi pendapatan kumpulan A di sektor kerajaan malah mengatasi pendapatan peniaga kecil dan para usahawan.

Jadi apa lagi yang boleh kita katakan kalau tidak bahawa kerja sebagai penoreh sekarang ini sama level malah lebih tinggi, mlaha mungkin lebih baik, malah lebih glamour daripada kerja makan gaji. Syabas para penoreh di Malaysia. Sekarang harga getah beku RM4 sekilo dan mereka boleh memperolehi hampir RM200 atau RM300 bersih, sebab tak perlu bayar sewa rumah, tak perlu bayar tol, tak payah bayar perking. Mereka hanya bekerja beberapa jam mulai jam 7.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Selebihnya boleh buat kerja lain.

Kalau dulu orang malu nak mengaku penoreh getah, sekarang anak muda kampung boleh berbangga dengan hasil pendapatan yang lumayan sehingga ada yang mempunyai dua buah kereta dan dua buah motosikal sendiri.

Alangkah baiknya kalau para penagih di pekan-pekan tu, peminta sedekah tak bertauliah, para peragut, siperempit dan warga yang berkaitan JOM BALIK KAMPUNG dan menoreh getah daripada menyemak kat situ. Alangkah baiknya kalau semua orang yang hidupnya terumbang ambing dan tak menentu di kota-kota kembali ke kampung menikmati durian runtuh. Bukan penoreh sahaja yang menerima durian runtuh, malah penanam kelapa sawit juga berkeadaan lebih baik daripada itu. "Oi, balik oi.... sekarang hujan emas di kampung awak, yang awak rela ditimpa hujan batu kat bandar ni pasal apa?" Kalau tak nak balik kampung, kerjalah bagus-bagus. Tapi rasa tak boleh kerja bagus-bagus, binalah kejayaan anda di kampung.

Salam dari kampung boy....
Anak Watan, fikir-fikir lah sejenak ...

Salam satu Malaysia kepada semua warga negara Malaysia yang membaca coretan ini. Mulai minggu ini kita akan sama-sama fikirkan beberapa sketsa yang berlaku untuk menjadi pedoman dan motivasi kepada semua.
Dalam ruangan ini kita didedahkan dengan situasi semasa yang boleh memberi sedikit kesedaran minda buat kita fikirkan. Kita mempunyai hak untuk memberi pandangan dan meluahkan perasaan dalam sesuatu hal. Seperti kata Dr Hm Tuah Iskandar al-Haj " Salah satu hak kita ialah meluahkan perasaan kita, memberitahu apa yang ingin kita beritahu dan kita mahu orang mendengar. Kalau tak ada orang nak mendengar luahan perasaan anda, saya sudi mendengarnya"