Thursday, February 23, 2012

Guru tetap dalam ingatan kami

Sudah beberapa kali saya disapa oleh orang yang tidak saya kenali di beberapa lokasi awam. Apabila mereka memperkenalkan diri barulah terlontar kembali ingatan bersama mereka suatu ketika dahulu. Ada yang sudah berabad lamanya dan sudah tentu wajah yang ada di depan mata hari ini berbeza dengan wajah keanakan dahulu. Alhamdulillah mereka masih ingatkan jasa guru-guru yang menjadikan mereka manusia berguna dan dapat berkhidmat kepada masyarakat seperti apa yang mereka buktikan. Tahniah atas kejayaan anda semua dan guru akan berbangga melihat anak didik mereka berjaya.....Hari ini seorang lagi anak didik yang berjaya dalam hidup dan berbakti kepada masyarakat dan secara kebetulan memberikan perkhidmatan kepada guru mereka di hospital.