Thursday, June 3, 2010

SELAMAT BERCUTI

Hari ini hari terakhir persekolahan bagi sekolah-sekolah selain N.Kelantan, Terengganu dan Kedah. Semua tidak sabar menunggu kerana pada masa ini(cuti) berbagai aktiviti penting akan dijalankan.Apakah anda semua mengalami situasi begitu? Tidak kira sama ada golongan pelajar, guru mahupun sesiapa sahaja peluang ini tidak pernah dilepaskan. “Lepas tention” katakan.Semoga kita semua dapat memenuhi masa terluang ini dengan sebaik-baiknya. Hari ini ada diantara kita sudah berkira-kira untuk menuju ke destinasi tertentu yang telah dirancang. Apapun keselamatan perlu diutamakan. Malang tidak berbau dan kita boleh mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini sekiranya kita sentiasa berwaspada.
Kepada semua guru, selamat bercuti. Dunia pendidikan hari ini tidak seperti zaman dahulu. Walaupun cuti persekolahan sebenarnya golongan guru bertungkus lumus membantu pelajar membaiki kelemahan dan berbagai program tertentu di sekolah masing-masing. Umum Cuma mengetahui apabila cuti sekolah bermakna guru akan bercuti. Sabarlah guru yang terlibat semasa cuti persekolahan. Inilah pengorbanan guru hari ini yang mungkin akan mendapat kritikan disebalik pengorbanan besar yang telah mereka lakukan. Kepada pelajar serta murid diucapkan selamat bercuti. Gunakanlah cuti ini untuk sesuatu yang memberi manfaat. Kepada ibu bapa, berilah sedikit perhatian kepada anak-anak semasa cuti sekolah ini bagi membantu meningkatkan prestasi mereka.

SELAMAT PENGANTIN BARU…
Cuti sekolah ini juga adalah kesempatan terbaik untuk golongan mereka yang ingin melangsungkan perkhawinan. Sudah tentu banyak lembu, ayam dan kerbau akan terkorban. Apapun ini masanya yang amat sesuai untuk dilaksanakan disamping dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara kita. Dengan ini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada semua yang baru dan akan berkahwin pada cuti sekolah ini.

SELAMAT MENDUDUKI PTK.
Kepada semua guru, jangan lupa pada 8, 9 atau 10 Jun ini akan diadakan peperiksaan PTK. Selamat menduduki PTK. Dah study ker? Moga kali ini ramai yang dapat 4/4.
Selamat bercuti..
Wassalam