Tuesday, January 13, 2009

Sehari di SMAP Kajang.




Hari ni teman bersama keluarga sampai juga ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selalu mendengar nama sekolah tu sebelum ni tapi tak tahupun lokasinya.Bukan kena bertugas di sana cuma nak memanjangkan hajat anak teman yang berjaya meneruskan pelajaran untuk tingkatan 1, mulai tahun 2009. Teruja juga dibuatnya apabila melihat persekitaran sekolah yang tersergam indah yang mana melahirkan ramai cerdik pandai. Terfikir juga teman kenapa dulu tak ada peluang untuk menjejaki ke sekolah-sekolah berasrama penuh macam ni. Itu duluuuuuu.manalah ada peluang seperti hari ini. Tapi tak mengapa, peluang ini diberikan kepada zuriat teman juga. Terubat juga rasanya. Mudah-mudahan anak teman tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh kerajaan. Selamat berjuang TAQIYUDDIN dan semoga cita-citamu menjadi saintis tercapai......Banyak rintangan akan diharungi dan bersedialah berkorban jika mahu berjaya. Jadikan kejayaan pelajar-pelajar SMAPK sebagai batu loncatan semangat juang.

1 comment:

Zainal Mat Aini said...

Salam Noraini. Kita sama sekolah dulu di SMAI. Kalau tak silap kita sama kelas juga dari form 3, geng kelas perdagangan yang nakal2 tu. Zainal Mat Aini. zainal06@gmail.com