Friday, November 14, 2008

Minggu akhir persekolahan

Minggu akhir persekolahan merupakan saat yang paling meletihkan buat guru-guru. Mana tidaknya semua perkara hendaklah diselesaikan dalam masa yang singkat." Aduhhhh pening kepalaku...." begitulah rungutan semua guru. Namun sebagai seorang guru yang sudah pro dalam bidang ini ia tidaklah menjadikan satu kegagalan kerana masing-masing cekap dalam pengurusan. Itulah guru hari ini, bukan setakat mengajar di bilik darjah semuanya mereka boleh lakukan. Berlakon, menjadi pengarah, menjadi pengurus semuanya boleh. Tahniah buat semua guru-guru.


Minggu terakhir persekolahan sejak kebelakangan ini amat sibuk sekali kerana peperiksaan di adakan terlalu lewat. Ini kerana guru-guru perlu menyelesaikan banyak perkara sebelum persekolah ditutup. Tambahan pula aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh sekolah juga perlu dibereskan seperti Hari Anugerah Kecemerlangan untuk memberi pengikhtirafan kepada pelajar. Dalam masa yang sama pihak jabatan juga menggunakan masa yang sama untuk mengadakan kursus dan sebagainya yang menambahkan lagi kekalutan guru untuk menyelesaikan urusan di sekolah. Begitulah keadaan nya setiap tahun...


Apapun, SKSG bergerak lancar dalam kekalutan kerja di akhir tahun ini. Peperiksaan berjalan lancar, Hari Kokurikulum dapat dijalankan, Hari Anugerah Gemilang sudah dilaksanakan, malah jamuan guru dan kakitangan juga dapat diselitkan dalam kesibukan ini. Dan saat yang paling membahagiakan guru apabila ada kejayaan dicapai.


Dalam kesibukan guru menyelesaikan segala urusan sudah tentulah kejayaan pelajar dalam akademik dapat menghapuskan rasa 'keletihan' guru. Pencapaian yang dapat di gapai oleh murid mengikut target membuatkan semua guru merasa terubat, terutama sekali guru tahun 6 seperti ku yang sudah dua abad bergelumang dengan mereka dalam peperiksaan awam. Begitulah menjadi seorang guru sudah lali dengan kesibukan.


Antara kegiatan yang sempat dirakam sepanjang minggu terakhir ini...

Hari Kokurikulum dan anugerah gemilang


Jamuan Tahun 6

Keputusan UPSR



Anak didikku yang berjaya dalam UPSR 2008
(Belakang : M.Fadzil4A1B, Daniel 3A2B, Ikhmal 5A)
(Depan : Nur Hidayah 5A, Nor Nabihah 5A)

Jamuan Akhir Tahun SKSG di Hillcity Hotel, Ipoh 12 November 2008


Selain itu berkesempatan juga menghadiri majlis jamuan akhir tahun SKPJ
di Heritage Hotel, Ipoh pada 8 November 2008







No comments: